There He Keeps Them Very Well
Clare McNally
362 pages
After a difficult childhood, Chris has found happiness and peace as a wife and mother. That joy is shattered by the brutal murder of her husband and the kidnapping of her two children. Chris's shock intensifies when she realizes that this crime exactly duplicates one from 30 years ago--a crime she witnessed as a young girl.
Search This Blog
Klik Kategori Novel di sini...
There He Keeps Them Very Well
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +English Novel, Clare McNally
Keepsake
Keepsake
Antoinette Stockenberg
334 pages
Keepsake, Connecituct is a quaint,
peaceful town--a cozy haven for families,
friends and old memories.Then Quinn Leary returns,
reopening a scandal the town would rather forget:
a murder his father was accused of seventeen years
ago. Quinn has come back to clear
his father's name and right the wrongs of the
past. Olivia Bennett doesn't realize it,
but she has been waiting for this
moment...for the return of the only man
she has ever loved. Soon family secrets,
shattered dreams, and fierce rivalaries come
together in powerful and unexpected ways,
offering a once-in-a-lifetime chance
for new beginnings...
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +Sold, Antoinette Stockenberg
Memories of Midnight
Memories of Midnight
Sidney Sheldon
404 pages
New York Times Bestseller!
Review:
"Catherine lost her memory and wound up in a convent in the care of nuns. She is later taken in by shipping tycoon Constantin Demiris and given a job in his Trade Corporation office in London. Catherine is actually Catherine Douglas, a woman believed to have been murdered by her husband Larry and his mistress Noelle Page. Noelle was also the mistress of Demiris and he had set up the trial lawyers so that Larry and Noelle would be executed. Catherine's emergence causes a threat of exposure to Demiris and he hires Atanas to assassinate her."
-SOLD-
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +Sold
Yun SunMiey Natalia
Yun SunMiey Natalia
Ruhaini Mat Din / Ghostwriter
RM 14.90 / 329 hlm
Dari blok Seruling, Rebana, Kompang, Gendang, dan Kecapi semuanya kenal dengan budak perempuan tu! Sesak nafas nak sebut nama dia! Timun kata kalah wajah Siti Nurhaliza! Mempelam pulak kata klon Miss Universe! Pisang tu aje belum kata apa-apa.
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +Sold
The Ring
The Ring
Danielle Steel
480 pages
In the turbulent Germany of the 1930s, Kassandra von Gotthard met Dolff Sterne, the man who was to change her life. She was the beautiful wife of a wealthy Berlin banker, he a Jewish writer. Together they shared a love that happens only once in a lifetime, but it was fated to end in tragedy.
-SOLD-
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +Sold
The Bridge Across Forever
The Bridge Across Forever
Richard Bach
396 pages
Review:
Much truer to an autobiographical style, "Bridge" is the story of how Richard and Leslie found each other, and what happened after. Richard always knew that there was one woman out there for him, his soulmate, but had a very hard time finding her. This book picks up where "Illusions" left off. Richard quits his flying to find his soulmate. The first part of the book leads you through the choppy starts and stops of many relationships. Then he begins a purely professional relationship with a beautiful actress named Leslie Parrish. This grows into a friendship based on long chess games, huge bowls of ice cream, and much respect. Still, Richard is sorting through the many other women in his life. When finally he realizes that Leslie is the one for which he has been waiting his whole life, he finds that he is not ready for the commitment that a soulmate deserves. The remainder of the book is their struggle. Richard is trying to become less self centered (something that is at the very core of what he is), and Leslie is trying to deal with Richard. It is a great period of growth for him; one with which we are all familiar in one way or another. Too much more would give too much away, but I promise that I haven't even touched on the best parts of all. -- Alisha
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +English Novel, Richard Bach
The Sands of Time
The Sands of Time
Sidney Sheldon
365 pages
“The Sands Of Time” is a 1988 novel by Sidney Sheldon, which encapsulates the lives of four nuns of a Cistercian convent in Spain who elope during a military attack on the convent by the GOE (a special group formed to pursue basque terrorists) headed by Colonel Acoca. These four nuns of the Cistercian convent of the strict observance get trapped in the hands of Jaime Miro, a basque rebel wanted by the GOE. As it turns out, a slip of the tongue during a conversation with the nuns leads to a predicament which forces Jaime Miro to carry along the four nuns with his gang and escort them to their destination. Henceforth, the lot splits to travel in different groups taking different routes, thereby evading the watchful GOE army led by Colonel Acoca. The rest of the story is all about how this journey goes on, taking unpredictable turns.
-SOLD-
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +Sold
Feeding the Demons
Feeding the demons
Gabrielle Lord
390 pages
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +English Novel, Gabrielle Lord
Baju Pengantin Mak Andam
Baju Pengantin Mak Andam
Areila Sahimi / Kaki Novel
RM18.00 / 524 hlm
Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun Kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis org yg sombong tak bertempat.
Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudia mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang, Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tau nak kata apa sbb dia tak tau apa yg dia rasa. Yang dia tahu dia fobia utk jatuh cinta sbb dia takut kena tinggal, dia takut kecewa macam apa yg pernah dia lalui sebelum itu. Dia jadi sangat keliru.
Tiba2 badai datang melanda. Dari teman tapi mesra menjadi musuh yg langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata perlukah jauh di hati juga? Namun dalam ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa di bina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah di depan mata?
Lalu siapakah yg harus mengambil inisiatif utk menyelamatkan hubungan ini? biar yg simpul dileraikan biar yg kusut dilembutkan, biar yg serabut dirapikan. biar jadi wangi seperti sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy? Azizul?
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +Sold
aA + bB
aA + bB
Hlovate / Js Publishing
RM 20.00 / 495 hlm
cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin.
Inilah.. sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA+bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.
Addin mengemukakan teorinya begini:
a. membesar dan belajar dgn pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran.
b. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak
7 tahun selepas itu...
Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dgn jurutera, yang bukan pilihannya?
Apa yang terjadi kala sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?
Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A+B=Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka saling membenci, saling memendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...
Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband?-Benz
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +Sold
KL - LONDON
KL-LONDON
Ahadiat Akashah / Ahadiat Akashah The Writer
RM 12.90 / 248 hlm
Irina...
Dari KL ke London aku mengejarmu
Irina...
Setiap saat aku merinduimu
Irina...
Please say you love me too!
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +Novel Melayu, Ahadiat Akashah
Bahagia Kasihmu
Bahagia Kasihmu
Fatin Nabila / Alaf 21 Sdn Bhd
RM18.00 / 464 hlm
DIBURU masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri.
Kemunculan Zarul, memang tidak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dalam hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dalam jiwanya.
“Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tak kisah.Izinkan saya bahagiakan awak.”
Tasnim terkedu. Pertemuan mereka tidak pernah dirancang. Perkenalan mereka tanpa salam. Lalu, semudah itukah dia melafazkan kata cinta?
Kata pujangga, apabila hati disimbahi cahaya cinta, sinarnya akan dapat dibaca pada seri wajah. Begitulah hebatnya kuasa cinta. Jadi, wajarkah dia menolak hakikat sebuah kehidupan?
Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita. Dibayar dgn air mata sekalipun belum tentu mendatangkan bahagia sekelip mata.
Pergilah cinta, andai itu mampu mengembalikan kebahagiaan. Biarkan sahaja bahagia kasih itu berlalu, andainya itulah harga sebuah kepahitan yang perlu dibayar. Biarlah rindu ini terus tersimpan dalam lipatan memori cinta.
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +Novel Melayu, Fatin Nabila
Tak Ingin Menangis Lagi
Tak Ingin Menangis Lagi
Maharam Mamat / Creative Enterprise
RM 19.90 / 370 hlm
Benarlah Kata pepatah, hati yang dihiris kata-kata lebih pedih daripada ditoreh pisau. Benarlah kata orang, terbabas perahu di air, lajaknya hanya ke jeram. Kalaupun jasad mati di juring batu, hancur hanyalah badan. Terlepas tutur yang bisa.
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +Sold
Dendam Pewaris
Dendam PewarisZyra Safiya / Buku Prima
RM 16.90 / 396 hlmSejarah keluarga telah menghalang percintaan Suraya dan Danial Aniq. Nenek Kalsom yang memelihara Suraya, menghantar ilmu hitam kepada keluarga Danial Aniq hingga rumah tangga ibu bapanya porak peranda. Danial Aniq marah dan mengahwini Marissa. Suraya masih sayangkan Danial Aniq dan mengamalkan ilmu hitam itu semula.
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +Novel Melayu, Zyra Safiya
Hujan Gula-Gula
Hujan Gula-Gula
Miz Mia/ karnaDya
RM18.90 / 437 hlm
Seluruh alam menjadi saksi...
cinta pertama tercipta...
Indah... tetapi seksa!
Bulan memujuk dalam senyuman...
Sayang... tetapi sepi!
Bintang menyanyi bagai mengerti...
Sembilan tahun merindu...
Izhan akhirnya muncul!
Namun Natalia tidak pasti...
Akan wujudkah hujan gula-gula yg dinanti?
"Tunggu Izhan call aku, samalah mcm harap hujan gula-gula turun kat bumi ni."
Cidot masih lagi membatu.
"Tak faham ke?"
Laju Cidot menggeleng.
"Okey... hujan gula-gula tu wujud ke?"
"Tak!"
Natalia senyum. "Aku tau Izhan takkan call aku... sampai bila-bila pun takkan ada!" Walaupun pahit, dia paksa diri agar menerima hakikat itu. Siapalah aku... "Tak mungkin wujud!"
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +Novel Melayu, Miz Mia
Kau Kekasihku
Kau Kekasihku
Anis Ayuni / Alaf 21 Sdn Bhd
RM19.90 / 533 muka surat
KAU KEKASIHKU Dhira yang baru sahaja dilukai oleh seorang lelaki menyatakan bahawa dia tidak mahu bercinta lagi. Namun, hatinya kalah dengan kenyataannya itu apabila terpaut dengan Zairi ketika melancong ke Beijing. Sejak pertemuan yang membibitkan kenangan manis, hubungan Dhira dengan Zairi semakin mesra selepas pulang dari melancong. Namun, Dhira pasrah walaupun Zairi menunjukkan sikap prihatinnya dan cemburu, lelaki itu agak sukar menyatakan cinta kepadanya.
Akhirnya, lafaz cinta keluar dari bibir Zairi dan ingin melamar Dhira menjadi suri dalam hidupnya. Namun, ada sesuatu yang menjadi persoalan dalam diri Dhira, apabila dia tidak pernah disentuh oleh suaminya sendiri selama di alam perkahwinan.
Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Zairi? Mengapa dia tidak mahu menyentuh Dhira sedangkan tanggungjawab lain ditunaikan? Adakah kerana Dhira yang menjadi puncanya? Akhirnya, Dhira dapat menemui jawapannya yang sering membelenggu dirinya. Antara kasihan dan kasih, perlukah Dhira mengharunginya bersama suami tercinta?
Harga jual : RM 15
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +Novel Melayu, Anis Ayuni
Kebun Mimpi
Kebun Mimpi
Noor Suraya, Syud, Rnysa / Js Publishing
RM21.50 / 536 mukasurat
Tiga penulis wanita Jemari Seni Publishing berbicara tentang cinta dalam sebuah Kebun Mimpi...
Ceritera I – Kebun Mimpi... oleh Noor Suraya
Masih ingat pada karya pertamanya, Keranamu Ain... ? Inilah lanjutan kisah Ain Najwa selepas itu.
Sudah Ain tanam, sudah Ain semai... namun tidak satu pun yang bertunas itu rupa-rupanya kembang menjadi bunga! Bagaikan kebun mimpi... apa yang hadir dalam hidup Ain ini sekadar sebuah kenang-kenangan.
Ceritera II – Tas Merah Jambu oleh Syud
Gara-gara sekeping kad raya yang ada gambar seekor kucing putih gebu, hidup Nisa tak keruan dibuat dek Anna, Lin dan Nini. Sementara kawan-kawan si penerima kad misteri itu, sedang menyenaraikan suspek: siapakah peminat rahsia Adif? Aiman terus menyiasat, Adif pula jadi resah gelisah.
Jomlah sama-sama ikut Syud membongkar misteri hati Nisa-Adif ini...!
Ceritera III – Albatros: Antara Langit dan Bumi oleh Rnysa
"Ya. Kalau sayapnya elok lagi, ‘dia’ boleh terbang..." balas Ehsan.
Izzah rasa dia yang perlukan sayap sekarang, mata Ehsan yang bening sedang mencuri pandang sejenak, menikam ke dalam tangkai jantungnya. Mata itu duta hati, dan jika mata dengan mata itu sudah bertemu, tentulah larutnya jiwa.
Encik Albatros, pinjamkan sebentar sayapmu itu! Aku mahu lari daripada terkena panahan cinta! bisik Izzah.
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +Novel Melayu, Noor Suraya, Rnysa, Syud
Kopi Susu Sepatu Biru
Kopi Susu Sepatu Biru
Ruby Hazri / Js Publishing
RM21.00 / 570 mukasurat
Inilah sebuah kisah... tentang jiran di sebelah rumah....
Rumah No. 11
Dia gadis kampung yang bekerja sebagai juruwang di sebuah bank di ibu kota. Wajahnya menarik, ramai yang tertarik. Dia hanya berbudi pada yang pandai berbahasa... tetapi pada jiran sebelah rumahnya, jauh panggang dari api.
Rumah No. 9
Dia lelaki yang punya gaya tidak mudah terpedaya. Setiap tahun menambah usia tanpa sempat mengira. Kadang-kadang selamba, kadang-kadang tak terduga. Prinsipnya jelas: orang sebelah rumah tidak harus diberi hati.
Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tiada garis sempadan, terjilid dalam pelbagai episod:
* Kereta Perdana vs Kereta Kancil
* Kucing si bujang mengemis makan di rumah si dara
* Sepatu biru gadis pencetus idea nakal si teruna
* Muzik si pemuda bukan selera si pemudi
Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud kaki langit... ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas, ada kasih yang tumbuh dan ada sayang yang menjalar.
Kenapa? Siapa? Dan bagaimana?
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +Sold
Usikan Rindu
Usikan Rindu
Qaira Qasidah / Alaf 21 Sdn Bhd
RM 18.00 / 475 hlm
KERANA kasih yang mendalam, Syed Khaled sanggup melarikan Normala daripada dipaksa berkahwin dengan lelaki tua. Mereka sanggup menempuh perjalanan yang panjang semata-mata untuk membuktikan cinta mereka cinta sejati. Mungkin jodoh telah tersurat, Normala dan Syed Khaled berjaya diijab-kabulkan. Dalam manisnya mengecap bahagia, Normala dikejutkan dengan berita yang benar-benar mencabar emosi wanitanya. Dia kini bergelar madu!
Bagi Syed Khaled, walaupun ada dua suri dalam hatinya, nama Normala tetap bertakhta di tempat paling atas. Tiada siapa pun yang dapat memisahkan mereka kecuali maut. Normala adalah cinta pertama yang akan dikenang sampai bila-bila. Tanpa Normala, hidupnya ibarat malam tanpa siang. Tiada arah tujuan dan tiada sebarang harapan.
Sayangnya, panas yang disangka berpanjangan bertukar gerhana sekelip mata. Berita kematian Syed Khaled bagai langit menimpa kepala. Apatah lagi kebenaran yang selama ini tersimpan rapi terbongkar satu demi satu. Anak-anak yang diharap menjadi penyambung kasih antara dua keluarga kini bertelagah. Semuanya gara-gara harta. Madu yang selama ini begitu dingin, mula menunjukkan taringnya. Normala sedih bukan kepalang.
Tapi, sampai bila dia dapat bertahan jika hatinya sering terusik? Dan, mampukah wasiat itu mendekatkan kembali jurang yang semakin luas? Baginya, duka di hati siapalah yang tahu...
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +Novel Melayu, Qaira Qasidah
Bila Ada Rindu
Bila Ada Rindu
Emma Maizura / Alaf 21 Sdn. Bhd
RM19.90 / 502 mukasurat
Hidup Nur Dalyla dipayungi bahagia apatah lagi menjadi ank kesayangan keluarga. Ke mana pergi, dgn siapa dia berkawan sering menjadi perhatian org tuanya sehingga dia digelar anak manja. Walaupun kadangkala rasa terkongkong dgn situasi itu, namun dia akur... kasih sayang ibunya melebihi segala.
Namun, siapa sangka... di sebalik kegembiraan dan kesempurnaan itu, rupa-rupanya ada cerita duka yg terbongkar. Gelaran anak angkat yg berstatus luar nikah ibarat bumi menghempap kepala. Sekelip mata, segala imian ranap begitu sahaja. Dalyla kehilangan punca.
Saat hati dihurung kecewa, muncul Eriel untuk menyembuh luka. Namun, bila kisah hitamnya diketahui, sang arjuna pergi tanpa sebarang pesan. Hati Dalyla merintih...
Awan hitam seolah-olah melitupi segenap dunianya. Mungkinkah ada sinar mentari pada esok hari?
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +Novel Melayu, Emma Maizura
Dame Zoete Sarah
Dame Zoete Sarah
Khairyn Othman / Js Publishing
RM 18.00 / ~ 425 hlm
Sarah Adam, anak yatim lagi sebatang kara; wartawan yang dedikasi; sahabat yang budiman... walaupun Sarah Adam ada seribu peran, yang pasti dia cumalah seorang gadis yang ada hati dan perasaan.
Terperangkap di tengah-tengah kemelut sindiket dadah antarabangsa, Sarah Adam dituduh terlibat sebagai pengedar, juga didakwa menjadi pembunuh sehingga membuat gadis yang manis pabila tersenyum ini, menjadi pelarian serta terpaksa menyamar untuk melintas laut ke negeri kincir angin.
Keadaannya bertambah sulit apabila dia bukan sahaja diburu oleh pasukan keselamatan negara, kumpulan penjahat, malah dia diburu oleh jiwanya sendiri! Keadaan menjadi semakin rumit, apabila setiap orang yang dia kenal dan dia jumpa, mati dibunuh. Kenapa?
Jomlah bantu Sarah Adam untuk membersihkan namanya, jomlah bantu Sarah Adam meloloskan diri daripada ‘Encik Selamat’, Interpol yang kerek!
“Sarah, ke mana pun kau pergi, aku akan cari kau. Ke mana pun kau lari, aku akan kejar. Jangan lupa tu.” ~ Salim
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +Novel Melayu, Khairyn Othman
Tunas
Tunas Hlovate / Js Publishing |
RM 21.00 / ~539 hlm |
Masihkah anda ingat pada Benz dan Addin, dalam novel aA+bB? Kini HLOVATE, mengundur beberapa tahun ke belakang, untuk menyingkap sebahagian persoalan, sebahagian rasa dan sebahagian kisah, tentang Addin & Benz serta Magnificent 7 suatu waktu dulu.
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +Sold
Panggil aku Dahlia
Panggil aku Dahlia Noor Suraya / Js Publishing |
RM 21.00 / ~542 hlm |
Novel kelapan NOOR SURAYA mengajak anda membantu Putri Dahlia Megat Qais menguruskan Syarikat Teh Timor di Tanah Rata. Silalah nasihati dia, yakinilah dia bahawa tawaran Wadi Hannan itu cumalah satu pesona, dan usahlah terpesona!
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +Novel Melayu, Noor Suraya
Dendam Semalam
Dendam Semalam Zaifuzaman Ahmad/ Alaf21 |
RM 15 / ~349 hlm |
Fakar sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri sendiri. Semakin hari sifat tamaknya kian meracuni fikiran sehingga terjadinya pakatan membunuh Hartina, isterinya sendiri. Ternyata kerana wang, manusia sanggup butakan mata hati dan hilang pertimbangan diri. Pembunuhan Hartina diharapkan bakal mengakhiri segalanya. Namun, siapa menyangka... roh Hartina mula mengganggu. Kehidupan Fakar dan teman wanitanya, Dahlia tidak pernah aman. Hari-hari yang dilalui mereka penuh dengan keperitan. Harga jual : RM 11 |
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +Novel Melayu, Zaifuzaman Ahmad
Bohemian
Bohemian
Imaen / Js Publishing
RM20 / ~472 ms
Siapakah dia yang berani mencuri tenang dan damaiku, lalu menggantikan ia dengan resah gelisah? Dia, yang tidak pernah ada dalam senarai bidadari anganku! Tidak pula pernah sekalipun wujud dalam daftar mimpiku! SOLD |
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +Sold
Kembara Cinta
Kembara Cinta DIA AZURA / Buku Prima |
RM 18.90 / ~544 hlm |
Perhubungan antara Darin Madihah dan Hairy Hafizi ketika di alam kampus mendapat restu. Namun setelah tamat pengajian, Encik Osman menghalang perhubungan mereka. Harga jual : RM 14 |
Posted by missnovel 0 comments
Labels: +Novel Melayu, Dia Azura
Cara pembelian
1. Pilih novel yang berkenan.
2. Guna form dan hantar tajuk novel yang nak dibeli kpd missnovel.
3. Pembayaran melalui akaun maybank. Tiada COD.
4. Proses penghantaran akan dilakukan setelah pembayaran dilakukan.
5. Kos penghantaran seperti kadar yg dikenakan oleh Pos Malaysia.
sebarang masalah boleh email ke missnovel@ymail.com